Pelaburan yang mematuhi Syari'ah (juga dikenali sebagai pelaburan halal), ia adalah subset dari Pelaburan Bertanggungjawab Sosial dan Beretikadan berlandaskan pelaburan yang mematuhi prinsip-prinsip Islam. Manakala kewangan secara tradisional hanya didorong semata-mata oleh usaha untuk memaksimumkan pulangan yang diselaraskan risiko, pelabur-pelabur Islamik yang melabur dalam pelaburan patuh Syariah pula menitik beratkan tanggungjawab sosial sebagai satu lagi objektif tambahan untuk aktiviti pasaran kewangan iaitu, keserasian dengan etika pelabur itu sendiri serta kemahuan mereka untuk mengetengahkan aktiviti kebajikan sosial.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.