Kami mengira jualan separa menggunakan kaedah First In First Out (kaedah FIFO). Ini adalah kaedah perakaunan IRS (Internal Revenue Service). IRS menganggap bahawa anda menjual saham terawal terlebih dahulu, yang boleh membawa kepada keuntungan modal yang lebih besar jika saham terawal lebih dihargai daripada yang diperoleh kemudian. Oleh itu,ianya adalah kaedah ‘default’ untuk pelanggan kami.
Sebagai contoh:
Anda membeli 100 saham dengan harga RM50 setiap satu dan setahun kemudian anda membeli 100 saham lagi pada harga RM60 setiap satu. Menjelang tahun seterusnya, apabila stok tersebut didagangkan pada harga RM80 setiap satu, anda menjual sejumlah 50 saham. Dalam contoh ini, mengikut kaedah FIFO, ia bermakna anda telah menjual saham yang anda beli pada harga RM50 terlebih dahulu, menghasilkan keuntungan modal RM30 sesaham, atau RM 1,500 secara keseluruhan.
Keuntungan atau kerugian anda akan dinyatakan setiap hari dalam akaun anda.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.