Pulangan yang boleh dijangkakan untuk anda, bergantung kepada profil risiko serta peruntukan aset anda. Pelabur dengan profil risiko yang konservatif, dijangka akan mendapat pulangan lebih rendah berbanding pelabur yang profil risikonya lebih aggressif. Ini kerana pendedahan risiko adalah berbeza antara kedua dua profil tersebut. Pelabur yang sanggup menanggung risiko yang tinggi, besar kemungkinan akan memperoleh pulangan yang sejajar dengan tahap risiko yang diambilnya.
Anda boleh lihat prestasi sejarah portfolio kami di laman ‘Portfolio’ yang terdapat di website kami iaitu wahedinvest.com.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.