Kami komited kepada amalan terbaik dalam bidang pematuhan Syariah, kami telah melantik Prof. Madya Dr Aznan Hasan sebagai penasihat Syariah kami. Prof. Madya Dr Aznan adalah seorang tokoh Kewangan Islam yang sangat dihormati di Malaysia serta di peringkat internasional. Beliau sekarang adalah seorang Profesor Madya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, mengajar ilmu perbankan serta Kewangan Islam. Dr. Aznan juga memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Dr Aznan Hasan yang akan memantau dan memastikan semua aspek perkhidmatan dan produk kami adalah berlandaskan pegangan Syariah.
Wahed di peringkat kumpulan yang berpusat di Amerika Syarikat pula melantik Straightway Ethical Advisory LLC, sebuah firma penasihat kewangan terkemuka di Amerika Syarikat sebagai penilai pematuhan syariah kami. Panel tinjauan Straightway Ethical Advisory LLC, diketuai oleh Sheikh Taha bin Hasan Abdul-Basser dan beliau juga menasihati Wahed Invest mengenai pematuhan Syariah dan etika kewangan Islam.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.